Tuesday, 25 October 2016

BAHAYA MI SEGERA

Kepada penggemar makanan jenis MI SEGERA (tidak kiralah maggi, kuey teow dan sebagainya), pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mi segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Hasil maklumat yang telah dikongsi bersama seorang doktor, keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan SALUTAN WAX ke atas makanan ini.

Baiklah… Sebelum itu, adakah kita tahu tentang wax ini? Di sini saya ingin berkongsi mengenai wax yang merupakan sejenis lilin yang merujuk kepada pelbagai bahan-bahan organik yang berbentuk pepejal pada suhu sekeliling tetapi menjadi bebas kepada cecair pada suhu yang lebih tinggi sedikit. Berbalik kepada tajuk kita, mi segera mengandungi lapisan lilin yang juga digunakan dalam bekas styrofoam. Styrofoam di sini merupakan bahan yang kerap digunakan dalam membungkus makanan disebabkan ciri-cirinya yang mampu mencegah kebocoran dan mampu mengekalkan bentuknya ketika dipegang. Inilah yang menyebabkan mi segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

Ini merupakan kisah seorang pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, dia tidak memasak tetapi kerap makan mi segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Doktor mengesahkan barah tersebut berlaku disebabkan mi segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Sekarang ini tindakan memakan mi segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah’.

Oleh itu, cara penyelesaiannya ialah kita elakkan dari mengambil mi segera sebagai makanan harian dan menggantikannya dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Senangkan…

Sekian, terima kasih.


Hasil nukilan,
Mohammad Syazwan bin Azmi,
Peserta Bengkel Asas Adobe Photoshop dan Penulisan.







No comments:

Post a Comment