Sunday, 13 April 2014

Tips Menghasilkan Poster Ringkas dan Menarik



Oleh Hazwan Harun

Beberapa unsur perlu ada di dalam poster itu:

1. MESEJ - mesej yang nak disampaikan perlu ringkas dan mempunyai maksud mendalam. Tidak lebih daripada 3 ayat.

2. OBJEK - pilih satu objek yang zoom in (nampak besar) yang ada kaitan rapat dengan mesej ingin disampaikan.

3. Latarbelakang- lebih elok guna latarbelakang semulajadi atau gradient 2 warna sama (warna gelap + warna cerah) atau lebih mudah satu warna (guna warna cerah jika objek gelap, manakala guna warna gelap kalau objek cerah).


p/s: Mulakan latihan, barulah mahir. Selagi malas berlatih, selagi itu kemahiran tak bertambah.

Tips Menjadi Kreatif Dalam Design



Oleh Hazwan Harun

1. Untuk permulaan, kalau tak banyak idea utk design. Gunakan Mr Google. Boleh browse poster-poster design yang ada dalam image google.

2. Dalam ruang browse, guna keyword yang ada kaitan dengan tajuk atau tema poster yg ingin kita design. Sebagai contoh:

a. POSTER EXAM - browse guna keyword "poster book"
b. POSTER IFTAR - browse guna keyword "poster dinner" atau "poster food"

3. Pilih design poster yang paling mudah untuk kita 'tiru', kalau ingin kelainan boleh ubah color atau objek yang digunakan

p/s: kita jadi kurang kreatif sebab kita tak banyak rujukan design dalam memori kita. perbanyakkan perhati design menarik yang ada di mana-mana, sama ada dalam web atau di luar.

Kita akan akan ada idea dan jadi kreatif, bila kita ada banyak input (contoh2 design poster menarik) dan pada masa sama suka hasilkan poster dengan design yang tidak sama (di luar kebiasaan) pada setiap masa ingin design.

Boleh 'share' pada designer yang tiada dalam group ni.

Webstie Rujukan dan Freebies Untuk Designer

Terdapat beberapa website yang boleh dijadikan rujukan oleh designer untuk menambah lagi kemahiran design mereka.

Rujuk sini http://www.zestladesign.com/malaysian-graphic-designer/important-link-design/

Dapatkan Template Cantik dan Hebat

Terdapat cara mudah untuk menjimatkan masa mempelajari teknik design. Download sahaja template yang telah siap oleh pakar.

Rujuk link Download Template.

Sunday, 30 March 2014

10 Sifat Jurugambar



1. Suka tangkap gambar candit

2. Suka tengok gambar

3. Suka tangkap gambar pemandangan

4. Mahu belajar dengan pakar

Friday, 28 March 2014

Ayat-ayat kenyataan berita


Kenyataan biasa:
  1. menyokong
  2. mengharap, 
  3. menasihat, 
  4. mendoakan, 
  5. memuji, 
  6. mengulas, 
  7. menjernihkan

Kenyataan sederhana:
  1. menyeru, 
  2. mengajak, 
  3. menganjurkan, 
  4. melaksanakan, 
  5. menuruti, 
  6. menghiraukan

Kenyataan agresif:
  1. membidas, 
  2. menyanggah, 
  3. menolak, 
  4. mengkritik, 
  5. menempelak, 
  6. memberi amaran

Nada kenyataan mestilah mengikut berita. Jenis berita setakat ni ada dua yang menjadi fokus kita, berita aktiviti dan berita isu semasa.

Berita aktiviti gunakan kenyataan biasa dan sederhana. Manakala berita isu semasa banyakkan penggunaan kenyataan biasa dan sederhana. Hanya isu yang jelas bercanggah dengan Islam seperti konsert, liberal atau isu palestin gunakan kenyataan agresif.

Pemilihan Font

Antara cara mudah adalah google font yang ingin diguna pada program yang terlibat.


Contohnya jika ingin membuat font berkaitan sukan, google 'sport font'. Di sini kita akan dapat idea apa jenis font yang sesuai digunakan untuk poster kita.


Antara tempat percuma dapatkan font

http://www.fontspace.com/ 

Kemudian pergi kategori:

http://www.fontspace.com/category/sports

Di sini kita akan dapat idea bagaimana font sukan boleh kita gunakan. Kita juga boleh kecilkan lagi skop pencarian dengan tambah pada 'Related Categories' di sebelah kiri web.