Sunday, 30 March 2014
10 Sifat Jurugambar
1. Suka tangkap gambar candit
2. Suka tengok gambar
3. Suka tangkap gambar pemandangan
4. Mahu belajar dengan pakar
Friday, 28 March 2014
Ayat-ayat kenyataan berita
Kenyataan biasa:
- menyokong
- mengharap,
- menasihat,
- mendoakan,
- memuji,
- mengulas,
- menjernihkan
Kenyataan sederhana:
- menyeru,
- mengajak,
- menganjurkan,
- melaksanakan,
- menuruti,
- menghiraukan
Kenyataan agresif:
- membidas,
- menyanggah,
- menolak,
- mengkritik,
- menempelak,
- memberi amaran
Nada kenyataan mestilah mengikut berita. Jenis berita setakat ni ada dua yang menjadi fokus kita, berita aktiviti dan berita isu semasa.
Berita aktiviti gunakan kenyataan biasa dan sederhana. Manakala berita isu semasa banyakkan penggunaan kenyataan biasa dan sederhana. Hanya isu yang jelas bercanggah dengan Islam seperti konsert, liberal atau isu palestin gunakan kenyataan agresif.
Pemilihan Font
Antara cara mudah adalah google font yang ingin diguna pada program yang terlibat.
Contohnya jika ingin membuat font berkaitan sukan, google 'sport font'. Di sini kita akan dapat idea apa jenis font yang sesuai digunakan untuk poster kita.
Antara tempat percuma dapatkan font
http://www.fontspace.com/
Kemudian pergi kategori:
http://www.fontspace.com/category/sports
Di sini kita akan dapat idea bagaimana font sukan boleh kita gunakan. Kita juga boleh kecilkan lagi skop pencarian dengan tambah pada 'Related Categories' di sebelah kiri web.
Contohnya jika ingin membuat font berkaitan sukan, google 'sport font'. Di sini kita akan dapat idea apa jenis font yang sesuai digunakan untuk poster kita.
Antara tempat percuma dapatkan font
http://www.fontspace.com/
Kemudian pergi kategori:
http://www.fontspace.com/category/sports
Di sini kita akan dapat idea bagaimana font sukan boleh kita gunakan. Kita juga boleh kecilkan lagi skop pencarian dengan tambah pada 'Related Categories' di sebelah kiri web.
Sunday, 8 December 2013
Kenali Tugas jurufoto Media: Siri Pertama
Perkara yang anda patut tahu berkaitan Jurufoto Media
Jurufoto media adalah professional yang bertugas membuat liputan berita dengan kamera untuk tujuan penerbitan majikan masing masing. Apabila kita melihat jurufoto media disesuatu majlis rasmi, perhimpunan awam atau ditepi jalan sambil memegang kamera. Bermakna mereka sedang bertugas untuk sesuatu tujuan. Anda tak perlu menghentikan kereta dan menyebabkan kesesakan lalu lintas semata mata nak menyapa mereka itu.
Semua bahan dikutip melalui lensa, akan anda dapat baca keesokan harinya dalam akhbar . Ada juga setengah jurufoto media yang celik IT berkongsi hasil tugasan ke blog peribadi, flikr dan facebook. Jika ia tidak kelihatan di akhbar ia mungkin di "spike" oleh "sub editor" kerana memberi ruang pada berita lain yang lebih penting . Kebanyakan akhbar juga memiliki portal online dan lebih banyak gambar yang tidak di cetak ada di situ.
Siapa "Member of the Press?
Ahli media atau "member of the press" ialah mana mana orang yang bertugas mengumpul, memcerna maklumat, menyebarkan berita mengikut saluran penerbitan dan undang undang negara. Sesuatu penerbitan perlu berdaftar, memiliki permit lesen beroperasi dari kerajaan negara mereka beroperasi. Mereka terdiri dari pasukan "editorial team" yang mengutip berita, maklumat dan visual, penyunting,sub editor, pereka letak akhbar DTP, artis grafik, Pengarang (editor) dan Ketua Pengarang.
Pihak yang mengutip maklumat ialah wartawan, jurufoto, photojournalist, jurukamera video dan bagi sesetengah kes, Editor sendiri akan hadir mengutip maklumat. Artis grafik pula amat jarang keluar tugasan "on the field" kecuali hadir kemahkamah membuat iilustrasi wajah tertuduh dan "layout" kamar perbicaraan yang dilarang jurufoto didalamnya.
Semua pihak di atas telah dilatih dengan pengetahuan asas undang undang penerbitan, etika dan berpengalaman menghidu nilai berita pada sesuatu majlis atau kejadian semasa. Mereka bertanggung jawab dari punca kejadian, memperoses maklumat dan mengesahkannya sebelum di hantar cetak.
Hanya mereka ini sahaja layak dipanggil "members of the press".
Mengapa? Kerana jika ada kekeliruan atau kesalahan maklumat hanya kakitangan yang mengumpul dan menyebarkannya akan di pertanggung jawabkan untuk didakwa di mahkamah dan di hukum .
Kakitangan sokongan lain tidak dianggap sebagai "press" walaupun mereka bertugas di organisasi sama dan sama tag korporat . Mereka tidak boleh didakwa dan dipersalahkan dalam undang undang atas penerbitan berita salah lapor. Contoh mereka ini unit pemasaran , staff pentadbiran pejabat, unit teknikal komputer, sumber manusia akhbar atau media atau stesen Tv .
Jurufoto media :
Jurufoto media sejak zaman penggunaan kamera digital dan kemajuan komputer dan internet telah menyaksikan perubahan besar. Mereka kini dituntut membuat "caption story" dan "detail" yang lebih lengkap dalam masa yang pendek. Tugasan ini lebih menjurus ke arah Photojournalism. Peningkatan ini berlangsung secara berterusan sejak awal 1997-98 (awal kemunculan DSLR Digital pertama) .
Latar awal
Pada zaman filem, seorang jurufoto sebaik di beri tugasan akan segera ke lokasi, pasang film 35mm 36 dedahan dan cuba menjimatkan filem dengan menunggu detik yang ada "news value" mengikut "house style" akbhar masing masing sahaja. Bila pulang ke pejabat ia diproses dan diplih oleh OC untuk dicetak. bagi tugasan "news" hanya 3 keping saiz 4 R saja dicetak. Bagi tugasan Hiburan dan Sukan, mencapai 8- 12 keping sahaja.
Editor hanya dapat melihat gambar yang sudah dicetak . Ada kala gambar hilang dan di print berulang kali akibat warna yang berubah dek kimia prosesan. Di belakang gambar majoriti tiada caption, hanya di tulis nama wartawan bagi berita berkenaan dan unit nya sahaja. Jika hilang bercampur dilantai maka bakal bertimbun menjadi sampah.
Jabatan Foto, unit foto dan cara kerja dalam sesebuah akhbar
Jabatan atau unit foto diketuai oleh seorang Ketua dan dibantu oleh beberapa penolong. Ada yang dipangggi OC (officer in charge), ada yang dipanggil Eksekutif foto. Tiap organisasi ada nama yang berbeza tapi tugasan hampir sama. Tiap OC akan memantau sistem jadual, senantiasa memerhati jadual yang di update oleh pihak editorial.
OC photo terdiri dari jurufoto lama yang berpangalaman. Mereka telah melalui pelbagai pahit manis tugasan berbelas tahun dan tahu mencari idea hanya sekilas pandang pada beberapa baris ayat pada tajuk tugasan. Ada kala sesuatu majlis kelihatan tak menarik diatas kertas atau terlepas pandang oleh editor tapi dari segi idea photo ia boleh dikembangkan menjadi berita utama "frontpage".
Beliau juga akan membuat panggilan kepada "staff admin" untuk meminta salinan fax asal sumber jemputan dan maklumat tambahan agar idea tugasan lebih jelas. Tapi seringkali juga berlaku, jurufoto media tidak di beri salinan peta ke lokasi dan mengakibatkan kelewatan tiba.
Unit foto juga memasang siaran berita TV, dengar radio untuk mendengar perkembangan semasa. Apa lagi pekerjaan pejabat yang izinkan pekerjanya tengok TV dimasa pejabat?inilah kelebihan kerja press.
Tiap ketua jurufoto juga akan memastikan staff jurufoto hadir bertugas mengikut jadual harian dan turut hadir dalam mesyuarat editorial tiap petang. Hampir semua organisasi media bermesyuarat jam 5 pm- 7pm . Semua tajuk tugasan harian para wartawan dan liputan foto hari itu dan keesokan harinya diperhalusi. Editor juga akan memastikan tiada pertindahan tugasan dan pembaziran masa tenaga kerja. Contoh, ada kala satu majlis pihak akhbar menerima undangan dari lebih 3 pihak bagi majlis yang sama .Ini berlaku bila berkaitan VVIP , pengurusan Majlis dan pihak lain penganjur. tajuk berbeza tapi benda sama.
Dalam mesyuarat ini juga pihak Ketua Editor atau Group Editor akan memilih tajuk utama "frontpage" akhbar mengikut garis panduan "House style masing masing". Contoh, akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris arus Perdana tidak akan menyiarkan gambar mayat terbaring dan darah di jalanan tapi akhbar bahasa Cina akan menjadikan pilihan gambar utama.
Kini dengan Komputer, semua jurufoto mendalami bidang photojournalism, bila di beri tugasan "shoot" sesorang VVIP atau Personaliti , seorang jurufoto boleh "google" wajah bakal "subject"nya. Cari idea dan mengenal pasti apa pembaharuan gambar yang boleh di buat. Setiap jurufoto media akan cuba mencipta kelainan untuk "angle of news" syarikat mereka bertugas dan kepuasan diri dalam berkarya.
Sistem komputer dalam talian juga memudahkan semua gambar diiringi "caption" . "Meta data" turut mendedahkan nama jurufoto, tarikh sebenar tugasan terus ke skrin ketua foto dan ketua pengarang kumpulan. Berita gambar pantas dicari oleh editor lain. Tiada lagi kecelaruan. Bahkan baru baru ini hasil berita foto rakan MPPA berkaitan tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim di Malaysia , ditunggu, dipertonton dan diilihat oleh Perdana Menteri yang berada di luar negara. Semua maklumat termasuk laporan wartawan ditunggu dan bergerak merentas separuh benua.
Jurufoto "press" media walau bertaraf "strata pekerja bawahan" dalam kebanyakan pertubuhan tapi seringkali hasil kerja nya dituntut dilihat oleh pihak CEO syarikat hingga taraf YDP Agong. Adakah pekerja lain dalam mana mana syarikat boleh menanggung tanggung jawab besar sebegitu rupa juga ? Keadaan ini merupakan 'ujian tanpa penamat' terhadap Jurufoto "press" untuk memegang etika dan profesionalisme yang tinggi sepanjang masa setaraf wartawan penulisan.
Bagaiman Press boleh datang ke sesuatu majlis ? macam mana press tahu?
Sumber rasmi , Fax / email : Maklumat dan jempuatan ke Majlis dihantar melalui fax / email pada nombor yang didaftarkan mengikut alamat pejabat beroperasi. Ada staff sokongan yang bertugas (key in) menulis kembali susunan majlis mengikut tarikh dan masa dan semua butiran jemputan. Ia akan di rujuk pada News Editor yang bertugas dan akan diagih- agihkan pula mengik unit . Ada pelbagai unit yang mengikut pelbagai syarikat akhbar tapi rata ratanya dipanggil unit , desk dan meja Berita. Contoh Unit sukan, Unit Jenayah , unit Mahkamah , unit Hiburan , unit Rencana dan pelbagai pecahan lagi. Tiap unit di ketuai olah Editor berkaitan dan dibawahnya ada beberapa lagi wartawan dan jurufoto khas. Unit Foto juga diketuai oleh seorang bertaraf Pengarang dan memiliki lebih ramai petugas jurufoto.
Kesemua pergerakan / liputan coverage akan ditugaskan oleh "Editor" berkaitan dan di catat dalam komputer nama wartawan bertugas. Jika sesuatu majlis yg bakal berlangsung itu penting ia akan dibuat nota " Pix" oleh editor berkaiaan, ada juga wartawan akan memohon kepada editor foto untuk menghantar jurufoto membantu liputan . Berita untuk esok ,lusa juga dirancang dari sini.
Sumber kedua media lain : Maklumat dari kemajuan teknologi, termasuk talipon bimbit, PDA, yang disiar pada laman web, laman chat, twitter dan sebagainya. Ini bukan benda baru dalam mana mana organisasi media. Malah sekitar 1993 keatas, alat "pager "(keloi) akhbar tempatan utama seperti NSTP dan The Star antara syarikat yang awal yang menggunakannya. Telefon bimbit mula digayakan wartawan dan jurufoto sejak 1996 ,ia mahal pada era itu dan jarang diguna oleh orang kebanyakkan berbanding tahun 2011 kini.
Sumber peribadi : Maklumat dari kenalan rapat dan orang yang ditemui di luar . Contoh pekedai, poster tiang telefon, perbualan kedai teh tarik, rungutan surirumah dipasar , stadium, stesen bas dan sebagainya. semua lead akan di "double check" dan diselidik lagi agar sesuai dijadikan berita penulisan/ foto.
Semua Editor akan "buka mata" untuk sebarang kes tragedi besar dan perkara yang diluar jangkaan 24 jam sehari. Jika kemalangan besar berlaku, punca berita ialah kerjasama wartawan / jurufoto dengan kenalan semasa bertugas dengan agensi berkaitan seperti Polis,Bomba, Hospital, Jabatan Pertahanan Awam dan sebagainya.
Contoh akibat tak tahu : Ada kes lama dahulu, seorang ketua Biro dari sebuah negeri di transfer 24 jam kembali ke HQ di KL akibat gagal mengetahui kejadian tragedi besar kapal terbakar di pelabuhan .Ramai mati dan kerugian jutaan ringgit . Kes ini dianggap serius oleh pengurusan bila akhbar terbabit tidak mempunyai sebarang gambar dan jurufoto tidak ditugaskan. Ketika ni talifon bimbit masih belum dimiliki ramai dan sms pun ramai yang tak reti lagi.
Ciri peristiwa , news value yang dicari oleh Jurufoto media;
1. NEW s = TERBAHARU . Gambar follow up berkaitan isu semasa yang berlarutan dari tajuk utama penulisan berita, samada kejayaan dibidang masing masing , skandal , kes mahkamah, perbuatan murni masyarakat dan sebagainya.
2. EMOTION Gambar emosi manusia. gambar yang memaparkan kegembiraan , kesedihan manusia akibat sesuatu peristiwa . Menang pingat oleh personaliti sukan, kejayaan doktor membedah manusia, penemuan saintis terbaru dan sebagainya. Gambar ini biasanya mempunyai jangka hayat yang pendek kerana ia dianggap bakal "expired" dalam 24 jam. Contoh jika gambar ahli sukan menang pingat di sukan antarabangsa hanya diperolehi ke meja penerbitan selepas seminggu ia sudah tidak berguna untuk "News.". ia hanya sesuai untuk rencana dan ruangan temu bual lain.
3. WORLDWIDE - Gambar yang menunjukkan sifat dunia dan universal dan pekara rencana yang menunjukan aktiviti manusia, haiwan, kejadian alam. Contoh penjelajahan mencari sesuatu fakta sains,kisah haiwan eksotik , kebudayaan dan lain lain perkara. selalunya ia berbentuk dokumentari. Berita foto Tema keamanan sejagat dan alam sekitar sering jadi pilihan pembaca.
4. SIMPLE -"Short and sweet, simplified into simple thing" . Semua gambar perlu jelas , terang teknikalnya "direct to the point". Jelas maksudnya sekeping gambar berita harus difahami oleh manusia yang melihat walaupun oleh bangsa manusia yang bahasa berbeza. Segala perkara yang berbelit ,kelam kabut semasa peristiwa berlangsung dan sukar diterangkan perlu dipermudah kan hasil fotonya. Contoh gambar perkahwian diraja Putera William dan Kate.. Gambar utama hanya sekeping gambar mereka berdua dalam "frame" yang sama saja dan mood gembira.
Semua gambar harus mudah difahami oleh pemikiran kanak kanak tadika hingga taraf Perdana Menteri, Presiden hingga Raja Raja sekalipun. Kemahiran jurufoto menghasilkan gambar "simple" akan menjadikan sesuatu gambar menjadi "ikon" dan diingati. Walau semua konsep seni dipelajari , kamera canggih ,hanya personaliti jurufoto dan idea seni sahaja boleh mencari detik ini. Ia menjadi buruan semua jurufoto, photojournalist (wartawan foto).
Semua NEWS ini perlu disertai dengan kemahiran mengumpul maklumat tambahan seperti " what, when, where, why, who and How" 5 W -1H. Ini ialah prinsip asas "Journalism " ( kewartawan). Jurufoto media kini wajib memiliki ilmu "journalism" dan bergerak menjadi photojournalist (wartawan foto). Tujuan sebenar untuk mencetusl perubahan dalam masyarakat dengan melakukan pemberitaan fakta yang tepat dan menyeluruh. Gambar berita amat ditegah di "touch up" dan tidak bersandarkan pendapat peribadi . Inilah perbezaan juru foto media. photojournalist dibandingkan jurufoto seni biasa dan amatur.
Senario dan cerita cerita yang tak bertulis :
Pada PR (pegawai perhubungan awam ) agensi sila maklum, jurufoto betugas adalah mewakili akhbar yang sah, tiap editor berkaitan mengikut unit walau menerima jemputan atas nama mereka. Mereka akan cuba menghormati jemputan syarikat anda dan menghangtar wakil wartawan atau jurufoto untuk membantu publisiti anda. Maka juru foto tidaklah sesuka hati memilih untuk hadir dan tidak hadir ke majlis anda. Seringkali PR yang baru wujud berpendapat dengan hanya menyebut ada makanan percuma, hadiah "door gift" di muka pintu maka pihak wartawan / jurufoto akan berduyun duyun berebut memberikan publisiti .
Ada juga setengah Pertubuhan Dewan Perniagaan yang petugas PR nya menyebut ,"asyik asyik Bernama jer cover...kami nak la pulak press lain cover PC Ceo kami ni. " Sebenarnya bila fax tuan puan dan tiba, sebaik detail di "key in.". News editor melihat skirn dan sesekali semak kembali maklumat pada fax jemputan. Jika kebetulan hari tersebut banyak tugasan dan semua wartawan jurufoto media telah di tugaskan ke tugasan yang lebih besar . Maka mereka akan menyerahkan tugasan kepada agensi Berita rasmi kerajaan. Semua Negara di dunia kini ada agensi berita masing masing yang menjaga publisiti agensi kerajaan , NGO yang diiktiraf dan badan badan amal .
Bahasa mudahnya : Taraf Presiden pertubuhan itu membuat pengumuman yang tak cukup "ump" tiada unsur berita kepentingan rakyat secara serta merta dan yang boleh mengubah haluan negara. Takat pengumuman bakal mengadakan pameran itu ini tidak akan menyebakan 5 juta rakyat negara ini akan mendapat pekerjaan serta merta. Maka maklumlah bahawa editor akhbar berkenaan tidak akan membazirkan tenaga dan masa wartawan ke liputan majlis anda.
Tips untuk rakan PR dan orang awam :
Adakah majlis anda penting ? Ketahui asas dalam pemikiran kepala para Editor seluruh dunia. "Maklumat" disini bermaksud gambar dan sebarang visual lain)
1, Pastikan tujuan majlis tepat, lokasi,tarikh. nama bakal pemberi maklumat . dan sila renung soalan dibawah sebelum menghantar fax memohon liputan: jawab dengan ikhlas,
( "Close Proximity factor" - dekat di mata dekat dihati )- Majlis, maklumat dari anda bakal membuat perubahan hidup lebih dari 100,000 orang di sekitar lokasi , negara ini? Ya / tidak
( "Health importance" - kesejahteraan manusia ) Maklumat anda akan membuat orang yang menderita sengsara akibat sesuatu pemyakit akan sembuh . kesannya keamanan sedunia? ya / tidak
("Awareness importance" - keselamatan manusia ) Maklumat anda jika tidak disiar akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit pada kerajaan dan orang ramai ? Ya/ tidak
"(Life and death importance"- keselamatan nyawa manusia jadi taruhan) Maklumat anda akan menyelamatkan nyawa serta merta ? Ya / tidak
("Accurate and reliability factor"- ketepatan dan kesahihan ) Maklumat ini telah disahkan oleh badan profesional berkaitan seperti , Saintis bertauliah, Hakim, Mahkamah dll ? Ya / tidak
( "Humanity and world peace" - kemanusian dan sejagat) - Maklumat anda akan menamatkan peperangan, konflik dunia sejagat serta memperkuat sifat kemanusiaan ? Ya / tidak
Semua jawapan diatas patut : YA !, maka Editor pun bakal kata Ya pada jemputan anda . Sila jawab soalan tambahan dibawah lagi dan semua jawapannya patut : "TIDAK !" .
( Individual interest ) Maklumat anda hanya nak seronokkan hati boss anda agar dia glamour ? Ya / Tidak
( Self glory and ego stroking ) Maklumat anda hanya sekadar membuktikan pertubuhan anda, ada berkata sesuatu setelah lama tiada publisisti ? Ya / Tidak
(Deception intention) Maklumat anda hanya bertujuan berselindung mengiklan perkhidamatan yang kemudian bakal mendapat laba kewangan ? Ya / Tidak
(State of confusion ) Saya pun tak tahu apa nak buat,,, kalau dapat publisti saja saja nak seronok tentu best kan ? Ya /tidak
Penulisan oleh Mahayudin Mohamad.
--
Pendapat ini hanyalah pendapat peribadi hasil pengalaman penulis dan permerhatian sendiri "trial n error" dalam fotografi . Semua tulisan tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah atau pun tuntutan kewangan pada mana mana pihak. Tulisan juga akan diperbaiki mengikut perkembangan semasa oleh penulis.Tulisan boleh dikongsi dimana mana blog dengan tujuan meningkatkan ilmu dan tidak harus diguna untuk menyerang peribadi manusia ,samada yang hidup atau mati. Sila beri kredit dan link ke tulisan asal agar pembaca boleh mengetahui sumber asal (asas etika sebaran maklumat) . Terima kasih.
Wednesday, 30 October 2013
Sumber Font
[FONT] font adalah element penting dalam typography dan dalam proses design itu sendiri.
http://www.hongkiat.com/blog/top-10-fonts-designers-love/
Subscribe to:
Posts (Atom)